Ulasan Jurnal Kajian Pembangunan atau Pembinaan

Berikut disenaraikan ulasan untuk kajian pembangunan atau pembinaan:

Jurnal

Item

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Tajuk:

Pembangunan dan Penilaian bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web-Webquest bagi Matapelajaran ICT

Tajuk agak panjang tetapi melebihi 15 patah perkataan.

Tajuk juga menerangkan kandungan dan bidang artikel dengan tepat

Tajuk:

Designing and Implementing Virtual Courseware to Promote Inquiry-based Learning

Tajuk:

Developing Multimedia Instructional Material for Engineering Course in Dynamics Systems

Abstrak

Abstrak kajian mempunyai tujuan kajian, metodologi serta hasil dapatan kajian.

Tujuan:

Membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagi matapelajaran ICT Tingkatan Empat serta menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur P&P yang menggunakan WebQuest.

Metodologi:

Melibatkan fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Instrumen soal selidik digunakan bagi menilai aspek antara muka, isi kandungan struktur P&P yang menggunakan WebQuest yang dibangunkan.

Hasil Dapatan:

Menunjukkan persembahan keseluruhan WebQuest adalah sesuai dan menarik untuk P&P matapelajaran ICT.


Pendahuluan


Pendahuluan dalam kajian menarik dan bergerak ke tema utama dan tidak melebihi 2 halaman bertaip. Namun terdapat sedikit kesilapan ejaan yang dilakukan oleh penulis bagi ‘tersebut1’ yang seharusnya ditulis sebagai ‘tersebut’.


Tinjauan Literatur


Tinjauan Literatur dinyatakan dengan jelas oleh penulis dan terdapat kajian lepas menyokong kajian kerana ada ulasan.


Metodologi

Metodologi kajian

dinyatakan dengan jelas yang meliputi aspek seperti berikut:

- Fasa Pembangunan (Anlisis, Rekabentuk, Pembangunan, Perlaksanaan dan Penilaian)

- Fasa Penilaian (dari aspek antara muka WebQuest, isikandungan WebQuest dan struktur P&P WebQuest)

- Persampelan yang melibatkan semua pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran ICT dari dua buah sekolah yang menawarkan matapelajaran ICT

- Instrumen menggunakan soal selidik

- Penganalisisan data menggunakan program SPSS Version 11.5

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya WebQuest tersebut adalah sesuai dan menarik perhatian pengguna, WebQuest tersebut menyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran, dan WebQuest tersebut menarik minat untuk mendapatkan maklumat tambahan dengan menggunakan pautan-pautan yang disediakan.

Rujukan


Penulis menggunakan sumber rujukan yang terkini dan terdiri daripada pelbagai sumber. Jumlah rujukan adalah melebihi 15 rujukan seperti perincian berikut:

Jurnal – 4

Tesis – 2

Buku – 1

Prosiding – 12

Sumber Atas Talian – 7

Lain-lain – 1


Rumusan:



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment