Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal untuk kajian kualitatif:
Jurnal Item | Jurnal 1 | Jurnal 2 | Jurnal 3 |
Tajuk | Tajuk: An Experience to use Robotics to Improve Computer Science Learning | Tajuk: Learning Object Patterns for Programming Tajuk terlalu ringkas dan bersifat terlalu umum | Tajuk: A Review of Australasian Investigations into Problem-Solving and the Novice Programmer Tajuk adalah ringkas namun tidak menyatakan maltamat kajian |
Abstrak | Salah satu kesukaran dalam pengajaran sains komputer dan kejuruteraan ialah mewujudkan motivasi dalam suasana pembelajaran. Penggunaan robotik meningkatkan aktiviti penciptaan, rekabentuk dan perancangan dalam pembelajaran serta menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah Matlamat kajian ialah untuk menyediakan persekitaran untuk pengaturcaraan sumber terbuka yang membantu meningkatkan pembelajaran dalam pengaturcaraan Kajian ini menggunakan LegoMindstorms Educational Kit | Kajian ini membuktikan pembelajaran objek yang lampau dapat membantu pelajar mengetahui paten pengaturcaraan dalam mempelajari objek yang baru Penulis menerangkan definisi paten dan kepentingannya dalam bidang kejuruteraan perisian. | Penulis menceritakan mengenai masalah yang dihadapi oleh individu yang baru mempelajari bahasa pengaturcaraan iaitu tidak berjaya mencapai tahap yang diharapkan, pengetahuan mengenai pengaturcaraan yang terlalu lemah. Kelemahan tersebut menghindarkan mereka daripada mempelajari dan mempergunakan strategi penyelesaian masalah Penulis juga berharap kajian ini dapat membantu perubahan kepada sukatan pelajaran bagi pengaturcaraan |
Pengenalan / Pendahuluan | Penulis menjelaskan pemilihan robot sebagai objek pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir, merancang dan kreativiti Penulis juga menerangkan peranan robotik dalam pendidikan | Penulis menekankan penggunaan paten amat penting dalam usaha mengguna semula segala kepakaran dan sumber yang ada untuk mempelajari sesuatu yang baru | Penulis menceritakan kajian-kajian yang pernah dilakukan yang menunjukkan bukti bahawa pelajar baru pengaturcaraan mengalami masalah dalam penyelesaian masalah (untuk program komputer) Penulis juga menerang perbezaan antara novice dengan pakar, pengetahuan dengan strategi dan pemahaman dengan penghasilan Ia juga menceritakan masalah yang dihadapi dalam konteks Australia |
Tinjauan Literatur | Kajian-kajian lalu menerangkan kepentingan penggunaan objek sebagai alat dalam membantu pelaajr memahami sesuatu Pemilihan bahasa pengaturcaraan juga memberikan implikasi ke atas pembangunan perisian latihan | Terdapat kajian sebelum ini yang menyatakan kepentingan paten dalam membantu sesorang tersebut untuk menghasilkan penyelesaian baru berdasarkan penyelesaian lampau tetapi hanya berkisar kepada pembangunan perisian sahaja Kajian lalu juga menunjukkan kepentingan penggunaan semula komponen atau objek lampau memudahkan proses pembangunan serta menjimatkan masa dan kos | Tinjauan literatur membuktikan bahawa pelajar baru dalam pengaturcaraan sememangnya mengalami masalah yang pelbagai Kajian-kajian lepas juga bersetuju bahawa pembelajaran yang sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan perlu diperbaiki dengan mengambil kira beberapa faktor yang lebih menjurus kepada pelajar baru |
Metodologi | Pengujian dijalankan ke atas sekumpulan pelajar dan pelajar dibahagikan kepada kumpulan Pelajar diberikan sesi pembelajaran sebelum memulakan pembangunan robot Robot yang dibangunkan adalah menggunakan LegoMindstorms Educational Kit Pelajar juga diterapkan untuk membangunkan perisian untuk robot tersebut Pelajar dinilai berdasarkan ketepatan keperluan, berjaya siap atau tidak dan kebolehan robot tersebut juga dinilai | Analisa dibuat ke atas sumber-sumber lalu yang lebih mejurus kepada pembelajaran bahasa pengaturcaraan JAVA. | Analisa dilakukan berdasarkan dapatan-dapatan daripada kajian-kajian lalu Namun demikian, analisa tersebut disesuaikan untuk kegunaan dalam konteks Australia |
Dapatan / Perbincangan | Analisa yang dilakukan berjaya membuktikan bahawa pembelajaran dengan menggunakan robot dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu bahasa pengaturcaraan | Berdasarkan analisa ke atas sumber lalu penulis mencadangkan penambahbaik dengan menambah elemen paten dalam proses pembelajaran. Penulis juga menambah keperluan multimedia dalam pembelajaran | Berdasarkan analisa, penulis berpendapat perlunya penambahbaikan dalam pembelajaran untuk pelajar baru iaitu bagi kursus asas pengaturcaraan Strategi penyelesaian masalah dilihat amat perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran |
Rujukan | Majoritinya menggunakan sumber yang terkini namun sebahagiannya menggunakan rujukan daripada carian internet | Majoriti sumber rujukan adalah terkini dan menjurus kepada pembelajaran objek dan paten | Penulis menggunakan sumber rujukan yang sebahagiannya sahaja terkini namun rujukan lampau masih berguna bagi menerangkan maksud-maksud dalam kajian ini |
Rumusan: Jurnal 1 adalah bersesuaian dengan tajuk kajian kerana dapat membantu dalam aspek… |
0 comments:
Post a Comment