Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal untuk kajian kualitatif:
             
|                 Jurnal Item  |        Jurnal 1  |        Jurnal 2  |        Jurnal 3  |   
|     Tajuk  |        Tajuk: An Experience to use Robotics to Improve Computer Science Learning  |        Tajuk: Learning Object Patterns for   Programming Tajuk   terlalu ringkas dan bersifat terlalu umum  |        Tajuk: A   Review of Australasian Investigations into Problem-Solving and the Novice   Programmer  Tajuk adalah ringkas namun tidak menyatakan maltamat   kajian  |   
|     Abstrak  |        Salah   satu kesukaran dalam pengajaran sains komputer dan kejuruteraan ialah   mewujudkan motivasi dalam suasana pembelajaran. Penggunaan   robotik meningkatkan aktiviti penciptaan, rekabentuk dan perancangan dalam   pembelajaran serta menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah Matlamat   kajian ialah untuk menyediakan persekitaran untuk pengaturcaraan sumber   terbuka yang membantu meningkatkan pembelajaran dalam pengaturcaraan Kajian   ini menggunakan LegoMindstorms Educational Kit  |        Kajian   ini membuktikan pembelajaran objek yang lampau dapat membantu pelajar   mengetahui paten pengaturcaraan dalam mempelajari objek yang baru Penulis   menerangkan definisi paten dan kepentingannya dalam bidang kejuruteraan   perisian.  |        Penulis   menceritakan mengenai masalah yang dihadapi oleh individu yang baru   mempelajari bahasa pengaturcaraan iaitu tidak berjaya mencapai tahap yang   diharapkan, pengetahuan mengenai pengaturcaraan yang terlalu lemah. Kelemahan   tersebut menghindarkan mereka daripada mempelajari dan mempergunakan strategi   penyelesaian masalah Penulis juga berharap kajian ini dapat membantu   perubahan kepada sukatan pelajaran bagi pengaturcaraan  |   
|     Pengenalan / Pendahuluan  |        Penulis   menjelaskan pemilihan robot sebagai objek pembelajaran untuk meningkatkan   kemahiran berfikir, merancang dan kreativiti Penulis juga menerangkan peranan robotik dalam   pendidikan  |        Penulis menekankan penggunaan paten amat penting dalam   usaha mengguna semula segala kepakaran dan sumber yang ada untuk mempelajari   sesuatu yang baru  |        Penulis menceritakan kajian-kajian yang pernah   dilakukan yang menunjukkan bukti bahawa pelajar baru pengaturcaraan mengalami   masalah dalam penyelesaian masalah (untuk program komputer) Penulis juga menerang perbezaan antara novice   dengan pakar, pengetahuan dengan strategi dan pemahaman dengan penghasilan Ia juga menceritakan masalah yang dihadapi dalam   konteks Australia  |   
|     Tinjauan Literatur  |        Kajian-kajian   lalu menerangkan kepentingan penggunaan objek sebagai alat dalam membantu   pelaajr memahami sesuatu Pemilihan bahasa pengaturcaraan juga memberikan   implikasi ke atas pembangunan perisian latihan  |        Terdapat kajian sebelum ini yang menyatakan kepentingan   paten dalam membantu sesorang tersebut untuk menghasilkan penyelesaian baru   berdasarkan penyelesaian lampau tetapi hanya berkisar kepada pembangunan   perisian sahaja Kajian lalu juga menunjukkan kepentingan penggunaan   semula komponen atau objek lampau memudahkan proses pembangunan serta   menjimatkan masa dan kos    |        Tinjauan literatur membuktikan bahawa pelajar baru   dalam pengaturcaraan sememangnya mengalami masalah yang pelbagai Kajian-kajian lepas juga bersetuju bahawa pembelajaran   yang sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan perlu diperbaiki dengan   mengambil kira beberapa faktor yang lebih menjurus kepada pelajar baru  |   
|     Metodologi  |        Pengujian dijalankan ke atas sekumpulan pelajar dan   pelajar dibahagikan kepada kumpulan Pelajar diberikan sesi pembelajaran sebelum memulakan   pembangunan robot Robot yang dibangunkan adalah menggunakan LegoMindstorms   Educational Kit Pelajar juga diterapkan untuk membangunkan perisian   untuk robot tersebut Pelajar dinilai berdasarkan ketepatan keperluan,   berjaya siap atau tidak dan kebolehan robot tersebut juga dinilai  |        Analisa dibuat ke atas sumber-sumber lalu yang lebih   mejurus kepada pembelajaran bahasa pengaturcaraan JAVA.  |        Analisa dilakukan berdasarkan dapatan-dapatan daripada   kajian-kajian lalu Namun demikian, analisa tersebut disesuaikan untuk   kegunaan dalam konteks Australia  |   
|     Dapatan / Perbincangan  |        Analisa   yang dilakukan berjaya membuktikan bahawa pembelajaran dengan menggunakan   robot dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu bahasa   pengaturcaraan  |        Berdasarkan   analisa ke atas sumber lalu penulis mencadangkan penambahbaik dengan menambah   elemen paten dalam proses pembelajaran. Penulis   juga menambah keperluan multimedia dalam pembelajaran  |        Berdasarkan   analisa, penulis berpendapat perlunya penambahbaikan dalam pembelajaran untuk   pelajar baru iaitu bagi kursus asas pengaturcaraan  Strategi   penyelesaian masalah dilihat amat perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran  |   
|     Rujukan  |        Majoritinya   menggunakan sumber yang terkini namun sebahagiannya menggunakan rujukan   daripada carian internet  |        Majoriti   sumber rujukan adalah terkini dan menjurus kepada pembelajaran objek dan paten  |        Penulis   menggunakan sumber rujukan yang sebahagiannya sahaja terkini namun rujukan   lampau masih berguna bagi menerangkan maksud-maksud dalam kajian ini  |   
|     Rumusan: Jurnal 1 adalah bersesuaian dengan tajuk   kajian.  |   |||






0 comments:
Post a Comment