Definisi - Pentaksiran, Pengujian, Pengukuran & Penilaian


1. Pentaksiran

  • Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka.
  • Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.
  • Menurut noraini idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.
  • Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.
  • Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu program.



2. Pengujian

  • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
  • Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
  • “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”
  • Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.
  • Secara ringkas Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.



3. Pengukuran

  • Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran adalah membandingkan nilai besaran yang diukur dengan besaran sejenis yang ditetapkan sebagai satuan.
  • Menurut noraini idris dan azis nik pa (2008), pengukuran merupakan landasan bagi definisi operasi pengukuran. Secara kasar, istilah pengukuran merujuk proses memberi penjelasan berangka kepada atribut bagi suatu benda, perkara, keadaan, orang, atau peristiwa mengikut peraturan tertentu. Dalam penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian.



4. Penilaian

  • Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
  • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
  • Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
  • Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

E-portfolio

Tugasan 3 (Pasukan):
Pembinaan Instrumen pentaksiran portfolio digital untuk satu kursus komputer dalam talian



1. Apa itu e-portfolio?
  • E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM).
  • E-portfolio merupakan satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi.
  • E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkkan perkembangan diri dan pengetahuan individu


2. Definisi portfolio:
  • Vavrus (1990) mendefinisikan portfolio sebagai “satu koleksi bukti” yang tersusun dan sistematik oleh guru dan pelajar untuk memantau pertumbuhan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar.
  • Donrat et. al (1995), menyatakan bahawa portfolio menyediakan satu dokumen yang sahih dan bermakna tentang kebolehan pelajar.
  • Artet dan Spandel (1992), portfolio merupakan satu koleksi kerja para pelajar yang mempunyai hala tuju yang menceritakan tentang usaha, kemajuan dan pencapaian dalam satu bidang yang ditentukan.


3. Definisi e-portfolio:
  • Menurut Barret (2000), Portfolio elektronik menggunakan teknologi digital yang membolehkan pembangun portfolio mengumpul dan menyusun artifak portfolio dengan menggunakan pelbagai kaedah media seperti audio, video, grafik dan lain-lain.
  • National Learning Infrastructure Initiative (USA) (2003) menyatakan e-portfolio sebagai: “a collection of authentic and diverse evidence, drawn from a larger archive representing what a person or organization has learned over time on which the person or organization has reflected, and designed for presentation to one or more audiences for a particular rhetorical purpose”
  • EIfEL menyatakan e-portfolio sebagai: "e-Portfolios are web-based and usually consist of a yearly and cumulative record of teaching activities and results." .. An ePortfolio is a personal digital collection of information describing and illustrating a person’s learning, career, experience and achievements. ePortfolios are privately owned and the owner has complete control over who has access to what and when... "
  • elearnspace menyatakan e-portfolio sebagai: "Regardless of the format selected, each e-portfolio effort should encourage learners to develop the skills to continue building their own personal portfolio as a life-long learning tool."


4. Jenis-jenis e-portfolio:

a) Portfolio Proses

Portfolio merupakan instrumen pembangunan pelajar. Menggambarkan pencapaian pelajar seja dari mula lagi

b) Portfolio Hasilan

Portfolio yang menggambarkan keseluruhan hasil daripada pembelajaran dan pengalaman pelajar



5. Langkah-langkah yang dicadangkan dalam usaha membina portfolio adalah seperti berikut:
  • Mengenalpasti matlamat portfolio
  • Menyediakan satu contoh portfolio rujukan
  • Menyediakan masa untuk penilaian portfolio oleh pelajar, rakan sebaya dan guru
  • Persembahan portfolio


6. Kelebihan menggunakan e-portfolio:
  • E-portfolio dapat mengumpul dan menyusun dokumen dan artifak-artifak yang menunjukkan perkembangan diri dan kerjaya seseorang terutamanya apabila tiba masa untuk kenaikan pangkat.
  • E-portfolio dapat menggalakkan individu untuk lebih bertanggungjawab dengan tugas melalui demonstrasi bukti-bukti pengajaran dan perkembangan kerjaya.
  • E-portfolio dapat memudahkan capaian dokumen dan artifak-artifak apabila diperlukan.E-portfolio membolehkan perkongsian pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
  • E-portfolio merupakan antara kaedah bagi pengurusan pengetahuan (knowledge management) yang sistematik.


7. Kepentingan Portfolio adalah seperti berikut:
  • Portfolio merupakan cermin diri (Reflection) tentang apa yang telah dipelajari, dikuasai dan pengalaman yang ditempuhi
  • Portfolio merupakan alat yang konkrit dalam membina perancangan perkembangan potensi dan bakat pelajar
  • Portfolio merupakan alat perbandingan bagi membina analisis di masa depan
  • Portfolio merupakan aset dan liabiliti yang boleh dieksploitasi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan kebolehan dan bakat pelajar.


8. Contoh-contoh e-portfolio:

a) Portfolio Pengajaran (Teaching Porfolio)
  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran yang terpilih
  • Dokumen pencapaian/maklumbalas/perkembangan dalam pengajaran
  • Bagi seseorang pengajar / pensyarah
  • Bukti kesan sesuatu teknik pembelajaran

b) Portfolio Kursus (Course Portfolio)
  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran
  • Bagi sesuatu kursusBagi sesuatu tempoh tertentu
  • Pengurusan masa pembelajaran sesuatu kursus
  • Kaedah berkomunikasi diantara pensyarah dan pelajar
  • Perkongsian maklumat dengan pensyarah-pensyarah lain

c) Porfolio Pelajar (Student Portfolio)
  • Dokumen maklumat pembelajaran
  • Bagi seseorang pelajar
  • Refleksi perkembangan pembelajaran untuk sesuatu tempoh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulasan Jurnal Kajian Kualitatif

Berikut disenaraikan ulasan bagi ketiga-tiga jurnal untuk kajian kualitatif:

Jurnal

Item

Jurnal 1

Jurnal 2

Jurnal 3

Tajuk

Tajuk:

An Experience to use Robotics to Improve

Computer Science Learning

Tajuk:

Learning Object Patterns for Programming

Tajuk terlalu ringkas dan bersifat terlalu umum

Tajuk:

A Review of Australasian Investigations into Problem-Solving and the Novice Programmer

Tajuk adalah ringkas namun tidak menyatakan maltamat kajian

Abstrak

Salah satu kesukaran dalam pengajaran sains komputer dan kejuruteraan ialah mewujudkan motivasi dalam suasana pembelajaran.

Penggunaan robotik meningkatkan aktiviti penciptaan, rekabentuk dan perancangan dalam pembelajaran serta menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah

Matlamat kajian ialah untuk menyediakan persekitaran untuk pengaturcaraan sumber terbuka yang membantu meningkatkan pembelajaran dalam pengaturcaraan

Kajian ini menggunakan LegoMindstorms Educational Kit

Kajian ini membuktikan pembelajaran objek yang lampau dapat membantu pelajar mengetahui paten pengaturcaraan dalam mempelajari objek yang baru

Penulis menerangkan definisi paten dan kepentingannya dalam bidang kejuruteraan perisian.

Penulis menceritakan mengenai masalah yang dihadapi oleh individu yang baru mempelajari bahasa pengaturcaraan iaitu tidak berjaya mencapai tahap yang diharapkan, pengetahuan mengenai pengaturcaraan yang terlalu lemah.

Kelemahan tersebut menghindarkan mereka daripada mempelajari dan mempergunakan strategi penyelesaian masalah

Penulis juga berharap kajian ini dapat membantu perubahan kepada sukatan pelajaran bagi pengaturcaraan

Pengenalan / Pendahuluan

Penulis menjelaskan pemilihan robot sebagai objek pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir, merancang dan kreativiti

Penulis juga menerangkan peranan robotik dalam pendidikan

Penulis menekankan penggunaan paten amat penting dalam usaha mengguna semula segala kepakaran dan sumber yang ada untuk mempelajari sesuatu yang baru

Penulis menceritakan kajian-kajian yang pernah dilakukan yang menunjukkan bukti bahawa pelajar baru pengaturcaraan mengalami masalah dalam penyelesaian masalah (untuk program komputer)

Penulis juga menerang perbezaan antara novice dengan pakar, pengetahuan dengan strategi dan pemahaman dengan penghasilan

Ia juga menceritakan masalah yang dihadapi dalam konteks Australia

Tinjauan Literatur

Kajian-kajian lalu menerangkan kepentingan penggunaan objek sebagai alat dalam membantu pelaajr memahami sesuatu

Pemilihan bahasa pengaturcaraan juga memberikan implikasi ke atas pembangunan perisian latihan

Terdapat kajian sebelum ini yang menyatakan kepentingan paten dalam membantu sesorang tersebut untuk menghasilkan penyelesaian baru berdasarkan penyelesaian lampau tetapi hanya berkisar kepada pembangunan perisian sahaja

Kajian lalu juga menunjukkan kepentingan penggunaan semula komponen atau objek lampau memudahkan proses pembangunan serta menjimatkan masa dan kos

Tinjauan literatur membuktikan bahawa pelajar baru dalam pengaturcaraan sememangnya mengalami masalah yang pelbagai

Kajian-kajian lepas juga bersetuju bahawa pembelajaran yang sedia ada mempunyai banyak kelemahan dan perlu diperbaiki dengan mengambil kira beberapa faktor yang lebih menjurus kepada pelajar baru

Metodologi

Pengujian dijalankan ke atas sekumpulan pelajar dan pelajar dibahagikan kepada kumpulan

Pelajar diberikan sesi pembelajaran sebelum memulakan pembangunan robot

Robot yang dibangunkan adalah menggunakan LegoMindstorms Educational Kit

Pelajar juga diterapkan untuk membangunkan perisian untuk robot tersebut

Pelajar dinilai berdasarkan ketepatan keperluan, berjaya siap atau tidak dan kebolehan robot tersebut juga dinilai

Analisa dibuat ke atas sumber-sumber lalu yang lebih mejurus kepada pembelajaran bahasa pengaturcaraan JAVA.

Analisa dilakukan berdasarkan dapatan-dapatan daripada kajian-kajian lalu

Namun demikian, analisa tersebut disesuaikan untuk kegunaan dalam konteks Australia

Dapatan / Perbincangan

Analisa yang dilakukan berjaya membuktikan bahawa pembelajaran dengan menggunakan robot dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai sesuatu bahasa pengaturcaraan

Berdasarkan analisa ke atas sumber lalu penulis mencadangkan penambahbaik dengan menambah elemen paten dalam proses pembelajaran.

Penulis juga menambah keperluan multimedia dalam pembelajaran

Berdasarkan analisa, penulis berpendapat perlunya penambahbaikan dalam pembelajaran untuk pelajar baru iaitu bagi kursus asas pengaturcaraan

Strategi penyelesaian masalah dilihat amat perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran

Rujukan

Majoritinya menggunakan sumber yang terkini namun sebahagiannya menggunakan rujukan daripada carian internet

Majoriti sumber rujukan adalah terkini dan menjurus kepada pembelajaran objek dan paten

Penulis menggunakan sumber rujukan yang sebahagiannya sahaja terkini namun rujukan lampau masih berguna bagi menerangkan maksud-maksud dalam kajian ini

Rumusan:

Jurnal 1 adalah bersesuaian dengan tajuk kajian.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tugasan Minggu 4

1. Tugasan 3 (Pasukan):

Pembinaan Instrumen pentaksiran portfolio digital untuk satu kursus komputer dalam talian


2. Apa itu E-portfolio?


3. Binakan instrumen pentaksiran portfolio.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tugasan Minggu 3

...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tugasan Minggu 2

1. Pembentukan pasukan kerja: Tugasan 3, 4, 5

  • Bina pasukan terdiri daripada 4 ahli
  • Lantik Ketua & Setiausaha
  • Bincang kursus online yang akan dijadikan anchor untuk tugasan 3,4,5
  • Bentang

2. Aktiviti Pasukan:

  • Berdasarkan matlamat pentaksiran
  • Bentuk Matlamat Pentaksiran bagi tugasan 3, 4, 5
  • Bentang

3. Aktiviti: Tugasan 1 dan 2:

  • Artikel jurnal
  • buku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tugasan Minggu 1


1. Aktiviti: Menjana Idea


Apakah yang anda tahu tentang:


2. Aktiviti: Banding beza, kaitan & jana Idea

Apakah perbezaan pentaksiran, pengujian, pengukuran, penilaian dengan memberi contoh kepada kursus-kursus komputer.


3. Aktiviti: Refleksi pengalaman
  • Bagaimana anda melakukan atau diperlakukan dalam pentaksiran di sekolah dalam mata pelajaran yang anda ajar
  • Bagaimana anda melakukan atau diperlakukan dalam pentaksiran dalam kursus-kursus komputer?

4. Aktiviti Perbincangan

Berdasarkan jenis-jenis penilaian/pentaksiran, bincangkan contoh-contoh dalam konteks pendidikan komputer:
  • Mata pelajaran berteraskan komputer/ICT di sekolah dan IPT – secara formal
  • Kursus-kursus komputer/ICT secara nonformal (kursus dalam perkhidmatan)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulasan Buku

Ulasan Buku

Tajuk : Using Technology Evaluation To Enhance Student Learning
Penulis : Linda G. Roberts
Tahun : 2004
Muka surat :127

Buku ini terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu What Kind of Learning Technology Research Best Addressess Policymakers’ Needs?, Need for Relevant Measures of Student Learning, Looking at Effects Over The Long Term dan What Policymakers and Administrators Can Do.

Dalam bahagian 1 ini menjelaskan dengan lebih mendalam rekabentuk penyelidikan penilaian teknologi pendidikan dari perspektif polisi dan rekabentuk penyelidikan bagi pendekatan alternatif penilaian inovasi teknologi. Manakala dalam bahagaian 2 lebih menjurus kepada rekabentuk untuk penyelidikan teknologi dan penilaian merupakan satu konflik atau agenda?. Dalam bahagian 3 menjelaskan secara khusus penilaian pendidikan teknologi dengan rekabentuk yang kompleks. Bahagian 4 menfokuskan kepada dokumentasi untuk penyelidikan agenda kebangsaan bagi penilaian pendidikan teknologi. Bab ini juga diterangkan polisi,perancangan dan penilaian ke atas pembelajaran teknologi.

Apa yang menarik dalam buku ini adalah dari fakta dan idea yang dinyatakan dengan jelas dan terperinci. Keseluruhan penggunaan bahasa menggunakan laras bahasa yang sesuai dan mudah difahami. Namun persembahan fakta dan idea agak membosankan dan sama dari awal sampai akhir penulisan kerana tiada langsung persembahan yang berbentuk jadual dan gambarajah. Disamping itu, saiz buku dan saiz tulisan yang kecil menyukarkan lagi pembaca untuk terus tertarik untuk membaca. Terdapat juga penggunaan bahasa yang tinggi dan kurang ‘familiar’. Tiada juga rumusan atau nota pendek yang disediakan bagi memberitahu pembaca maklumat penting dan utama yang ingin disampaikan. Penggunaan kata kunci yang penting diakhir bab tidak digunakan, walhal ia sebenarnya dilihat dapat mengukuhkan lagi pemahaman pembacaan oleh pembaca. Secara keseluruhannya, persembahan dalam buku ini adalah kurang menarik.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS