E-portfolio

Tugasan 3 (Pasukan):
Pembinaan Instrumen pentaksiran portfolio digital untuk satu kursus komputer dalam talian



1. Apa itu e-portfolio?
  • E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM).
  • E-portfolio merupakan satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi.
  • E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkkan perkembangan diri dan pengetahuan individu


2. Definisi portfolio:
  • Vavrus (1990) mendefinisikan portfolio sebagai “satu koleksi bukti” yang tersusun dan sistematik oleh guru dan pelajar untuk memantau pertumbuhan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar.
  • Donrat et. al (1995), menyatakan bahawa portfolio menyediakan satu dokumen yang sahih dan bermakna tentang kebolehan pelajar.
  • Artet dan Spandel (1992), portfolio merupakan satu koleksi kerja para pelajar yang mempunyai hala tuju yang menceritakan tentang usaha, kemajuan dan pencapaian dalam satu bidang yang ditentukan.


3. Definisi e-portfolio:
  • Menurut Barret (2000), Portfolio elektronik menggunakan teknologi digital yang membolehkan pembangun portfolio mengumpul dan menyusun artifak portfolio dengan menggunakan pelbagai kaedah media seperti audio, video, grafik dan lain-lain.
  • National Learning Infrastructure Initiative (USA) (2003) menyatakan e-portfolio sebagai: “a collection of authentic and diverse evidence, drawn from a larger archive representing what a person or organization has learned over time on which the person or organization has reflected, and designed for presentation to one or more audiences for a particular rhetorical purpose”
  • EIfEL menyatakan e-portfolio sebagai: "e-Portfolios are web-based and usually consist of a yearly and cumulative record of teaching activities and results." .. An ePortfolio is a personal digital collection of information describing and illustrating a person’s learning, career, experience and achievements. ePortfolios are privately owned and the owner has complete control over who has access to what and when... "
  • elearnspace menyatakan e-portfolio sebagai: "Regardless of the format selected, each e-portfolio effort should encourage learners to develop the skills to continue building their own personal portfolio as a life-long learning tool."


4. Jenis-jenis e-portfolio:

a) Portfolio Proses

Portfolio merupakan instrumen pembangunan pelajar. Menggambarkan pencapaian pelajar seja dari mula lagi

b) Portfolio Hasilan

Portfolio yang menggambarkan keseluruhan hasil daripada pembelajaran dan pengalaman pelajar



5. Langkah-langkah yang dicadangkan dalam usaha membina portfolio adalah seperti berikut:
  • Mengenalpasti matlamat portfolio
  • Menyediakan satu contoh portfolio rujukan
  • Menyediakan masa untuk penilaian portfolio oleh pelajar, rakan sebaya dan guru
  • Persembahan portfolio


6. Kelebihan menggunakan e-portfolio:
  • E-portfolio dapat mengumpul dan menyusun dokumen dan artifak-artifak yang menunjukkan perkembangan diri dan kerjaya seseorang terutamanya apabila tiba masa untuk kenaikan pangkat.
  • E-portfolio dapat menggalakkan individu untuk lebih bertanggungjawab dengan tugas melalui demonstrasi bukti-bukti pengajaran dan perkembangan kerjaya.
  • E-portfolio dapat memudahkan capaian dokumen dan artifak-artifak apabila diperlukan.E-portfolio membolehkan perkongsian pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan sekerja yang lain.
  • E-portfolio merupakan antara kaedah bagi pengurusan pengetahuan (knowledge management) yang sistematik.


7. Kepentingan Portfolio adalah seperti berikut:
  • Portfolio merupakan cermin diri (Reflection) tentang apa yang telah dipelajari, dikuasai dan pengalaman yang ditempuhi
  • Portfolio merupakan alat yang konkrit dalam membina perancangan perkembangan potensi dan bakat pelajar
  • Portfolio merupakan alat perbandingan bagi membina analisis di masa depan
  • Portfolio merupakan aset dan liabiliti yang boleh dieksploitasi oleh guru dalam usaha mengoptimumkan kebolehan dan bakat pelajar.


8. Contoh-contoh e-portfolio:

a) Portfolio Pengajaran (Teaching Porfolio)
  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran yang terpilih
  • Dokumen pencapaian/maklumbalas/perkembangan dalam pengajaran
  • Bagi seseorang pengajar / pensyarah
  • Bukti kesan sesuatu teknik pembelajaran

b) Portfolio Kursus (Course Portfolio)
  • Dokumen maklumat / teknik pengajaran
  • Bagi sesuatu kursusBagi sesuatu tempoh tertentu
  • Pengurusan masa pembelajaran sesuatu kursus
  • Kaedah berkomunikasi diantara pensyarah dan pelajar
  • Perkongsian maklumat dengan pensyarah-pensyarah lain

c) Porfolio Pelajar (Student Portfolio)
  • Dokumen maklumat pembelajaran
  • Bagi seseorang pelajar
  • Refleksi perkembangan pembelajaran untuk sesuatu tempoh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment